Friday 22 April 2011

perperanggan hanya boleh menjanjikan kemenangan setelah kemusnahan,..

Salam pada pembaca ..ramai yang tak tahu tentang keselamatan negara,sejauah manakan yang anda  tahu tentang isu-isu semasa di dalam dan di luar negara..di dalm blog saya ni ,saya nak beri sedikit berita  tentang pendedahan .

ISU TERTUNGAK MALAYSIA - SINGAPURA.

Berita mengenai kerajaan Malaysia akan membenarkan pesawat pesawat Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) melintasi ruang udara negara untuk latihan penerbangan,telahmengejutkan rakyak Malaysia.Berita ini kurang selesa didengar dan menjadi bahan perbincangan panas di kalangan pemerhati pertahanan media masa dan di forum-forum maya. Pengumuman ini dibuat secara rasmi Oleh Perdana menteri kita kepada pihak mdia massa  dalam sesi sidang akhbar selepas perbincangan bersama Menteri Kanan Singapura,Goh Chok Tong semprena lawatan beliau ke Putrajaya baru-baru ini
Antara agenda yang dibincangkan meliputi syarat-syarat buru bertujuan menyelesaikan beberapa isu tertanggoh melibatkan Singapura dan Malaysia.Secara prinsip Singapura bersetuju projet jambatan lurus menggantikan Tambak johor di teruskan .Singapura semakin berani 'memijak kepala ' Malaysia meminta kelonggaran melintasi ruang udara negara jika kerajaan Mlaysi berhasrat meneruskan pelaksanaan projek Gerbang Raya Selatan tampa sebarang halangan.Syarat kedua yang dituntut oleh Singapura melibatkan pengeluaran wang Tabung simpanan pusat (CPF) yang terkumpul dari hasil keringat rakyak Malaysia.
    
     Nampaknya Singapura bukan sahaja mendesak kerajaan menerima syarat ini tetapi cuba "mencucut" rakyat Malaysia dengan tawaran CPF yang berjumlah berbilion ringgit.Permintaan Singapura tidak ubah seperti samseng yang terus menekan dan memaksa . Dari sini sudah cukup untuk dipertikaikan apakah matlamat sebenar Singapura ?.Mengapa kerajaan Malaysia perlu berlembut dalam isu ini ?kita yakin ramai saya yakin ramai rakyat Malaysia sudah muak dengan sikap berpura-pura Singapura.
   Sebelum kerajaan Malysia bersetuju dengan syart tersebut ,saya percaya ramai rakyat negara ini berharap supaya kerajaan menghalusi syarat tersebut sedalam-dalam munkin.Cuba kita cuba renung kembali insiden melibatkan pesawat RSAF yang terhempas di beberapa kawasan di negara ini dan tampa mempedulikan peraturan yang ditetapkan mereka melancarkan operasi SAR SIkan RSAF yang tidak menghormati orang lain  menyebabkan mereka berani melintasi ruang udara tampa mendapat kelulusan TUDM .
    Pernah di suatu ketika RSAF mengambil sikap tidak acuh terhadap larangan pihak berkuasa Malaysia..Tanpa mempedulikan larangan terbang rendah SRAF membuat penerbangan dengan mengenepikan
keselamatan rakyat Malaysia .Episod peswat terbang rendah terhempas di kawasan Malaysia sudah beberapa kali berulang malah mereka masih tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh TUDM sehingga tampa rasa malu atau bersalah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tampa kelulusan TUDM.
   Pernahkan anda terfikir munkin ini merupakan muslihat Sengapura yang gemar memutar belit keadaan dengan alasan yang kita menasabah bagi mencari matlamat mereka? Hal ini pula telah mendatangkan banyak masaalah kepada pihak TUDM mahupun pihak berkuasa terlibat.
   Sekiranya kerajaan terus menerima syarat ini ia akan megundang lebih bertegas dan jangan mudah mengikut telunjuk negara yang tidak beradap.Kerajaan tidak perlu khuatir dengan telatah Singapura kerana Malaysia tidak mudah melatah seperti Singapura. Malaysia akan lebih dihormati jika kita bertegas untuk kebenaran dan maruah Rakyat..' Pertahanan Tunggak Kedaulatan'

Posted by Ronnie on 03:41 · Comments (0) ·